Thursday 29 August 2013

HARI INI DAN SEMALAM ADALAH DUA PERKARA YANG BERBEZA

Ya hari ini adalah hari ini dan semalam adalah semalam. Memang 2 perkara yang berbeza.

So, lupakanlah semalam sekiranya apa yang berlaku semalam itu adalah sesuatu yang menyakitkan hati dan sesuatu yang membuatkan kita sedih, kecewa dan stress. Tetapi sekiranya apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang mendatangkan kegembiraan, kebahagiaan dan ketenangan pada hati kita, jadikanlah ia sebagai pendorong untuk kita terus majukan diri ke depan.

Just to share, today my ex staff do a small ceremony for me coz i have been transfered to other department. I'm very thankful to them coz they're still have appreciate my contribution to them. But there are some of them also buat tak kisah and buat2 mcm tak nampak kehadiran aku di situ. I'm a human. What do you expect what I feel inside my heart???

Ada juga staf yang tanya

" Puan, ok ke tempat baru?
"Alhamdulillah, kerja jalan macam biasa juga. Semua ok."
"Kami rindu puan. Tak best lah puan dah takde."

That's only part of my conversation with my ex staff. Aku hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata yang datang dari mulut staf tersebut. Di dalam hati aku bersyukur, Ya Allah rupanya masih ada insan yang nampak kewujudan dan kepentingan serta sumbangan aku selama ini. So, tak kisahlah walu macam manapun reaksi staf yang lain, tapi memadailah ada segelintir insan yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam menilai kerja aku.

Sememangnya hari semalam banyak khilaf aku lakukan. Dalam sedar dan di luar sedar, aku terkasar bahasa, mengguris hati insan-insan yang mudah terasa, tidak bersetuju dengan pendapat mereka dan sebagainya. Tetapi sedarlah wahai staf-staf kesayanganku, setiap teguran yang datang dari mulut ini, tiada niat untuk mengguris hati mana-mana insan, tiada niat untuk memburuk, tiada niat untuk menjatuhkan. Sebaliknya, hati ini hanya ikhlas menegur dan tegas dalam kerja keranaNya. Aku sentiasa positif. Berapa banyak air mata ini mengalir sepanjang aku menjadi ketua mereka, tidak mereka ketahui. Berapa banyak perkara aku fikir untuk menjaga kebajikan mereka, tak mereka ketahui. Sedar tak, aku tidur tak lena memikirkan cara macam mana nak majukan kerja mereka serta memudahkan mereka. Tapi tiada insan yang mengetahui kecualiNya. Itu adalah hal semalam.

Apa yang berlaku semalam aku kutip satu persatu sebagai benteng untuk aku meneruskan kayuhan agar dayung aku ini sentiasa kuat menahan rempuhan ombak yang kadang-kadang membuat aku rasa seperti mahu tenggelam. So, hal semalam adalah semalam dan hal hari ini adalah hari ini. Esok pula bagaimana???

Tuesday 27 August 2013

My life is unpredictable.

Kehidupan yang aku lalui sebagai seorang manusia kadang-kadang benar membuat aku lalai tentang tanggungjawab aku sebagai seorang hambaNya. Macam bagus je entry ni...tapi itulah hakikatnya aku hanya insan biasa yang sangat lemah di mataNya walau di mata manusia, aku dipandang ceria, sentiasa gembira, sentiasa bahagia. Hakikatnya Dia sahaja yang Mengetahui.

Yes, My life is unpredictable.

Why???

Dari seorang gadis kampung yang sangat biasa dan simple. Takde cita-cita tinggi (tapi tak bermaksud aku tak pandai dalam pelajaran ok...), aku ditakdirkan tuhan berjaya mempunyai kerjaya yang membanggakan (rahsia ok pekerjaan ku, tapi yang pasti halal dan diredhai tuhan).

Memang tak sangka jatuh cinta, kahwin dan kemudian dapat anak. Rezeki....aku masih lupa Dia.

Tuhan uji aku, didatangkan ujian yang sangat sakit untuk dicerita...Aku mengambil masih bertahun untuk memaafkan dan melupakan. Tapi dalam hatiku, hanya Tuhan yang tahu hakikatnya. Alhamdullillah aku semakin melupakan musibah itu.

Ujian didatangkan lagi kepadaku dalam bentuk kerjaya...

Again,,,hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana aku cuba survive dengan semua kepayahan ini..AND IT NEVER ENDS...APAPUN AKU HANYA MAMPU BERDOA DAN SYUKUR PADANYA.

Now, aku bertarung dengan dilema seorang ibu dalam membesarkan anak-anak. I'm a hot temper. Selalu terlepas kat anak2. Rasa menyesal sgt2 bila tak berupaya tunjukkan contoh yang baik untuk anak2.

That's why aku cakap my life is unpredictable.

APAPUN AKU SEDANG CUBA MENGATASINYA DAN AKAN SENTIASA MENCUBA.
BANTU AKU YA ALLAH. AMIN...

Tuesday 4 October 2011

hai..hai...hai...

salam utk diri aku dan semua yg membaca cetusan rasa aku.akhirnya aku berjaya mewujudkan blog aku sendiri...yes2...
Okey semua mari kita berkongsi cerita anda,resipi anda,kesukaan anda,kebencian anda, kesayangan anda, hobi anda dll.